Monday, January 9, 2012

PC Shutdown Secara Automatik Kurang 3 Minit Selepas DIhidupkan

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi ialah CPU terlalu panas dan kerosakan PSU.

Untuk menguji sama ada PSU menjadi punca terhadap masalah tersebut, cuba tanggalkan mana-mana penguhubung bekalan kuasa (connector) seperti dari papan induk (motherboard). Kemudian, lakukan pengujian sama ada terdapat sebarang perubahan atau sebaliknya. Sekiranya PC tersebut tidak shutdown, maka PSU tersebut bukanlah faktor penyebab.


Untuk melihat suhu CPU, sila akses BIOS dan lihat pada PC Health Status. CPU Temperature hendaklah tidak melebihi daripada CPU Shutdown Temperature. Jika tidak, PC akan shutdown secara automatik. Keluarkan fan dan heat sink serta bersihkan bilah-bilah/fin pada heat sink tersebut dengan menggunakan berus. Pasang semula dengan cermat.

No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.