Sunday, November 1, 2009

Menyelenggara Microsoft Office Outlook

Setiap hari anda pasti menerima dan menghantar emel serta kadangkala berserta dengan attachment. Lama kelamaan, ruang storan anda akan penuh dan server tidak lagi dapat menampung pertambahan fail-fail yang berkaitan dengan emel tersebut. Akhirnya, anda tidak lagi dapat menerima dan menghantar emel.

Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi sekiranya langkah-langkah penyenggaraan yang mudah dapat diambil, antaranya:

1. Lihat ruang storan yang digunakan.
- Right click folder yang berkenaan pada menu MS Outlook, klik properties.
- Tetingkap baru dipaparkan, sila lihat pada General tab.
-
Klik Folder size ... sebelah kiri bahagian bawah.
- Saiz folder dan sub-folder akan dipaparkan.

2. Muat turun dan simpan attachment.
-
Buka emel yang diterima bersama attachment.
- Right click attachment
dan klik Save as ..
-
Simpan fail attachment dalam PC anda.
- Delete emel tersebut supaya ruang storan dapat dijimatkan.

3. Clear out the Deleted Item folder dan Sent Item folder.
- Right click
folder-folder berkenaan, klik Empty ....

4. Turn on ciri AutoArchive
- Klik Tools pada toolbar atas MS Outlook, klik Options.
- Tetingkap baru dipaparkan, klik tab Other.
- Klik AutoArchive… untuk paparan konfigurasi.
- Klik check box "AutoArchive every…" dan masukkan bilangan hari yang anda kehendaki di antaranya untuk proses archive.

Fail archive akan disimpan dalam format .PST dan boleh dibuka dengan menggunakan MS Outlook secara offline.

No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.