Untuk mengimbas secara manual (manual scanning) menggunakan program Trendmicro Officescan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik kanan ikon biru Trendmicro Officescan di bahagian bawah penjuru sebelah kanan pada system tray.
2. Dalam menu yang dipaparkan, pilih Officescan Console. Maka, tetingkap Trendmicro Officescan akan muncul. Manual Scan tab akan dipilih secara automatik.
3. Pilih drive yang ingin diimbas. Tanda right akan muncul dalam kotak bagi drive yang dipilih. Pilihan boleh dibuat dengan mengklik kiri kotak berkenaan.
4. Tekan butang Scan untuk memulakan imbasan.
5. Tetingkap Scanning akan muncul dan memaparkan progres imbasan. Tempoh imbasan virus akan mengambil masa berdasarkan kapasiti storan dan jumlah fail yang wujud. Adalah digalakkan supaya tiada sebarang interruption semasa proses imbasan dijalankan. Biarkan PC anda sementara waktu.
6. Apabila imbasan selesai, Officescan akan menunjukkan "Scanning is complete" dan klik OK.
7. Jika virus dikesan dan dikenalpasti, Officescan secara automatik akan memaparkan Manual Scan Result tab.
8. Sekiranya terdapat item dalam senarai Security Risk Type, pilih item tersebut dan tekan butang Delete. Ia akan memadamkan fail yang telah dijangkiti dari PC anda.
9. Setelah selesai, tutup Officescan dengan menekan butang Exit.
No comments:
Post a Comment