Sunday, November 22, 2009

Tips Carian Google Bahagian I

Berikut adalah contoh-contoh metod carian yang boleh digunakan dalam enjin gelintar, khususnya Google.

1. Carian Frasa
Katakan anda ingin membuat carian sesuatu frasa. Kaedah yang paling mudah yang boleh digunakan ialah dengan meletakkan tanda pembuka kata atau double quotes sebelum dan selepas frasa.

Contoh: "Enjin hibrid"

2. Pengecualian Perkataan
Sekiranya anda ingin membuat carian sesebuah frasa tetapi tidak berkaitan dengan sesuatu frasa atau perkataan yang lain, contohnya carian enjin hibrid tidak termasuk Honda.

Contoh: Enjin hibrid -Honda

3. Carian Laman Secara Spesifik (Khusus)
Kadangkala kita ingin membuat carian sesuatu frasa dalam sebuah laman web yang khusus atau yang kita ketahui. Kaedahnya ialah:

 Contoh: "Enjin hibrid" site: www.automania.com

4. Perkataan Seerti atau Sinonim
Katakan anda ingin membuat carian suatu perkataan di mana hasil carian tersebut mengandungi suatu perkataan seerti atau sinonim dengan perkataan yang dikehendaki iaitu dengan menggunakan simbol "~".

Contoh: "Enjin hibrid" ~kejuruteraan

5. Jenis Dokumen Spesifik
Misalnya kita ingin mendapatkan fail atau jenis dokumen secara spesifik yang berkaitan dengan perkara yang dicari iaitu:

Contoh: "Enjin hibrid" filetype:pdf

6. Penggunaan Atau
Secara asasnya, Google akan memberi maklum balas terma atau frasa yang khusus berkaitan dengan carian apabila carian dilakukan.

Contoh: Enjin hibrid OR solar

Matikan Fungsi USB Autorun Dalam Windows XP

Salah satu cara untuk mematikan fungsi Autorun USB dalam Windows XP ialah melalui kaedah berikut iaitu:

1. Klik Start > Run dan taipkan gpedit.msc (Group Policy Edit) dan klik OK.
2. Pilih Administrative Templates > System



3. Pilih "Turn off Autoplay" di sebelah kanan.



4. Setkan radio button ke Enabled dan tukarkan "Turn off Autoplay On" pada All drives.

Monday, November 16, 2009

Driver Installation

Untuk install semula driver komputer, fail-fail tersebut boleh dimuat turun dari laman web pengeluar komputer tersebut seperti Dell, Lenovo, HP dan sebagainya.

Langkah pertama perlu dilakukan ialah dapatkan fail driver dari laman berkenaan dengan membuat carian model komputer atau no. siri peralatan. Muat turun semua fail driver yang berkaitan.

Open dan run fail yang dimuat turun serta instal dalam komputer. Setelah selesai, semak semula device dengan cara,  
  1. klik kanan ikon My Computer dan pilih Properties. 
  2. System Properties akan terpapar. Kenalpasti ikon yang muncul seperti tanda seruan (! - conflict device) atau tanda soal (? - unknown device).

Di bawah Tab Hardware, pilih Properties,  
  1. Driver, klik Update Driver, pilih Advance (install from a list or specific location), 
  2. klik Next,  Pilih Include this location in the search, browse fail/folder yang menyimpan fail driver seperti  folder C:\Drivers atau C:\WINDOWS\system32\drivers.

Tuesday, November 10, 2009

Menggunakan TrendMicro Officescan untuk Imbas Secara Manual

Untuk mengimbas secara manual (manual scanning) menggunakan program Trendmicro Officescan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik kanan ikon biru Trendmicro Officescan di bahagian bawah penjuru sebelah kanan pada system tray.


2. Dalam menu yang dipaparkan, pilih Officescan Console. Maka, tetingkap Trendmicro Officescan akan muncul. Manual Scan tab akan dipilih secara automatik.


3. Pilih drive yang ingin diimbas. Tanda right akan muncul dalam kotak bagi drive yang dipilih. Pilihan boleh dibuat dengan mengklik kiri kotak berkenaan.


4. Tekan butang Scan untuk memulakan imbasan.

5. Tetingkap Scanning akan muncul dan memaparkan progres imbasan. Tempoh imbasan virus akan mengambil masa berdasarkan kapasiti storan dan jumlah fail yang wujud. Adalah digalakkan supaya tiada sebarang interruption semasa proses imbasan dijalankan. Biarkan PC anda sementara waktu.


6. Apabila imbasan selesai, Officescan akan menunjukkan "Scanning is complete" dan klik OK.


7. Jika virus dikesan dan dikenalpasti, Officescan secara automatik akan memaparkan Manual Scan Result tab.


8. Sekiranya terdapat item dalam senarai Security Risk Type, pilih item tersebut dan tekan butang Delete. Ia akan memadamkan fail yang telah dijangkiti dari PC anda.

9. Setelah selesai, tutup Officescan dengan menekan butang Exit.

E-SPKB: Tidak Boleh Akses Modul Tertentu

Insiden ini mungkin berlaku disebabkan beberapa perkara sama ada ianya berkaitan dengan masalah Internet Explorer atau dengan kata lain ialah browser atau pun profail pengguna corrupt. Langkah pengujian yang boleh diambil ialah dengan:

1. Cuba membandingkan jenis dan versi browser serta setting pada PC yang tidak bermasalah.
2. Log masuk ke PC dengan menggunakan akaun pengguna lain seperti user account ke administrator account dan akses ke laman atau modul yang sama.

Lihat dan analisa hasil pengujian di atas. Tindakan yang boleh diambil selepas pengujian tersebut, reinstall browser dan delete folder profail yang bermasalah dan log masuk semula untuk mewujudkan profail baru.

ePerolehan: Masalah Akses ke EP Menggunakan Kad Pintar


Sekiranya berlaku masalah kepada pengguna untuk mengakses aplikasi EP (log masuk ke Sistem ePerolehan) dengan menggunakan Kad Pintar, maka beberapa langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut dengan merujuk laman web ePerolehan, lihat menu Utiliti Medium Akses eP, bahagian (2), "Client Module" Kad Pintar.

Sila muat turun ePerolehan Access Module dan install mengikut panduan dan manual yang disertakan bersama. Uji kembali Kad Pintar tersebut.

Saturday, November 7, 2009

Ketahui MAC Address Melalui IP Address


Untuk mendapatkan info berkenaan nama komputer (remote) dan MAC address dengan melalui IP address, gunakan command prompt nbtstat -a [IP Address].

Friday, November 6, 2009

MS Office Word 2007: Lindungi Dokumen Dengan Katalaluan

Untuk melindungi dokumen dengan menggunakan password, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka MS Office Word 2007.
2. Klik Office Button, pilih dan klik Save As.
3. Windows pop-up akan terpapar, klik Tools pada penjuru bawah sebelah kiri, pilih General Options...
4. Masukkan katalaluan dalam General Options berkenaan dan klik OK.
5. Save dokumen tersebut dan tutup. Sila uji dengan membuka semula dokumen berkenaan.

Thursday, November 5, 2009

MS Office Word 2007: Tandatangan Digital (Digital Signature) Dalam Dokumen

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaplikasi tandatangan digital (digital signature) dalam dokumen yang boleh digunakan dalam tugasan (rasmi) dengan menggunakan Microsoft Office Word 2007.

Cara memasukkan tandatangan digital
1. Buka MS Office Word 2007.
2. Klik tab Insert pada ribbon.
3. Klik Signature Line dalam Text group dan pilih Microsoft Office Signature Line...

4. Windows pop-up akan terpapar, klik OK.

5. Masukkan maklumat dalam Signature Setup dan klik OK.

6. Save dokumen berkenaan.


Cara menggunakan tandatangan digital
1. Klik kanan pada tandatangan digital, pilih Sign.

2. Windows pop-up akan terpapar, klik OK.
3. Pilih imej (tandatangan yang diimbas) dan klik Sign.


Setelah ditandatangan, dokumen berkenaan tidak boleh disunting kecuali tandatangan tersebut dibuang.

Tuesday, November 3, 2009

TrendMicro Officescan Client Quarantine

Sekiranya TrendMicro Officescan Client telah mengesan fail-fail yang disyaki sebagai malware, fail tersebut akan diklasifikasikan sebagai suspicious malware khususnya bagi PC yang tidak mengemaskini virus pattern. Secara manual, suspected file tersebut boleh disemak kesahihannya (sama ada malware atau tidak) dengan mengakses path program TrendMicro.



Misalnya melalui path berikut:
C:\Program Files\Trend Micro\OfficeScan Client\SUSPECT

Fail yang disyaki akan disimpan dalam folder SUSPECT dan boleh dipadam (deleted). Maka, tiada lagi rekod kuarantin yang dikesan oleh konsol TrendMicro Officescan Client setelah dipadam.

Sunday, November 1, 2009

Menyelenggara Microsoft Office Outlook

Setiap hari anda pasti menerima dan menghantar emel serta kadangkala berserta dengan attachment. Lama kelamaan, ruang storan anda akan penuh dan server tidak lagi dapat menampung pertambahan fail-fail yang berkaitan dengan emel tersebut. Akhirnya, anda tidak lagi dapat menerima dan menghantar emel.

Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi sekiranya langkah-langkah penyenggaraan yang mudah dapat diambil, antaranya:

1. Lihat ruang storan yang digunakan.
- Right click folder yang berkenaan pada menu MS Outlook, klik properties.
- Tetingkap baru dipaparkan, sila lihat pada General tab.
-
Klik Folder size ... sebelah kiri bahagian bawah.
- Saiz folder dan sub-folder akan dipaparkan.

2. Muat turun dan simpan attachment.
-
Buka emel yang diterima bersama attachment.
- Right click attachment
dan klik Save as ..
-
Simpan fail attachment dalam PC anda.
- Delete emel tersebut supaya ruang storan dapat dijimatkan.

3. Clear out the Deleted Item folder dan Sent Item folder.
- Right click
folder-folder berkenaan, klik Empty ....

4. Turn on ciri AutoArchive
- Klik Tools pada toolbar atas MS Outlook, klik Options.
- Tetingkap baru dipaparkan, klik tab Other.
- Klik AutoArchive… untuk paparan konfigurasi.
- Klik check box "AutoArchive every…" dan masukkan bilangan hari yang anda kehendaki di antaranya untuk proses archive.

Fail archive akan disimpan dalam format .PST dan boleh dibuka dengan menggunakan MS Outlook secara offline.

Ingin Tahu IP PC Anda?


Untuk mengetahui alamat IP (IP address) PC anda, sila laksanakan langkah berikut:

1. Klik Start.
2. Klik Run..
3. Taip cmd dalam ruangan open dan klik OK.
4. Skrin Command Prompt dipaparkan, sila taip ipconfig dan tekan kekunci Enter.
5. Maklumat alamat IP akan dipaparkan. Untuk lebih perincian, sila taip ipconfig /all dan tekan kekunci Enter.

Fungsi Out of Office Assistant Dalam MS Outlook


Sekiranya anda berada di luar pejabat (outstation), penggunaan fungsi Out of Office Assistant dalam Microsoft Office Outlook dapat membantu untuk memaklumkan ketiadaan anda secara automatik apabila emel dihantar kepada anda dengan melakukan kaedah berikut:

1. Buka MS Outlook 2007.
2. Klik Tools di toolbar bahagian atas.
3. Pilih Out of Office Assistant.
4. Pilih Send Out of Office auto-replies.
5. Masukkan tarikh, masa (ketiadaan anda di pejabat) dan pesanan.
6. Lakukan perkara yang sama dalam tab Outside My Organization, tick Auto-reply to people outside my organization dan pilih Anyone outside my organization.
7. Klik OK.
8. Lakukan pengujian dengan menghantar emel kepada diri anda sendiri.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.