Wednesday, December 30, 2009

Publish Web Aplikasi ke Internet

Untuk publish sesebuah aplikasi web keluar (web boleh diakses dari luar melalui Internet), beberapa konfigurasi perlu dilaksanakan pada Firewall dan External DNS Server iaitu:


  1. Setkan Internal IP dan Public IP pada Firewall di bahagian Virtual IP.


  2. Seterusnya setkan polisi akses misalnya dari WAN ke Internal pada Firewall tersebut di bahagian Policy.


  3. Kemudian, setkan hostname dan forwarding IP (Public IP) dengan mengklik pada New Host (A) dalam External DNS Server.


  4. Laksanakan ujian capaian melalui mana-mana media capaian Internet di agensi anda.

Jualan Murah (Penghabisan Stok): Antivirus Kaspersky 2010 & Microsoft Product

Berikut adalah antara produk-produk yang ditawarkan pada harga istimewa. Siapa cepat, dia dapat! Selagi stok masih ada.

Antivirus Kaspersky 2010 untuk dijual:

1 user & 1 year
Kaspersky Antivirus – RM39
Kaspersky Internet Security – RM49

3 user & 1 year
Kaspersky Antivirus – RM69
Kaspersky Internet Security – RM79

5 user & 1 year
Kaspersky Internet Security – RM99

1 user & 2 year
Kaspersky Antivirus – RM79
Kaspersky Internet Security – RM89

3 user & 2 year
Kaspersky Antivirus – RM89
Kaspersky Internet Security – RM99

Windows untuk dijual:

Windows 7
Ultimate =RM 109
Professional = RM 99
Enterprise = RM 99
Home Premium = RM 99
Home Basic = RM 99

Windows Vista
All version = RM 99

Windows XP
All version = RM 79

Microsoft Office
Office 2003 = RM 69
Office 2007 = RM 89

PC Klien Tidak Dapat Berhubung Dengan Sanako Server

SANAKO Lab adalah antara salah satu aplikasi yang begitu popular digunakan dalam Makmal Bahasa (Language Lab). Dengan aplikasi tersebut, para pengajar khususnya dapat mengawal sesi pembelajaran secara multi-komunikasi atau uni-komunikasi.

Ia juga menyediakan kemudahan komunikasi sehala dan dua hala antara pengajar dan pelajar secara maya (melalui komputer yang dirangkaikan).

Sesekali berlaku masalah di mana aplikasi tidak dapat digunakan (kebiasaannya dalam makmal) disebabkan masalah connection antara klien dan server sama ada secara fizikal atau pun melibatkan konfigurasi.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman masalah tersebut biasanya berkait rapat dengan Windows Firewall Setting sama ada pada hos/Server atau PC pengguna itu sendiri.

Tuesday, December 29, 2009

Set Password Never Expires (Matikan Fungsi Mengemaskini Kata Laluan) Dalam Local Windows XP Pro

Sesekali pihak ICT ada menerima aduan daripada pengguna berkenaan 'masalah' berkenaan sistem pengoperasian Windows yang meminta pengguna tersebut menukar kata laluan (3 bulan sekali) melalui paparan peringatan (reminder).

Sebenarnya isu ini adalah berkaitan keselamatan ICT untuk kebaikan pengguna itu sendiri bukannya 'masalah'. Begitu juga dengan penggunaan kad ATM, adalah digalakkan supaya pengguna sentiasa menukar kata laluan yang berbeza secara berkala.Untuk apa? Bagi mengurangkan kebarangkalian akaun diceroboh.

Walau apa pun, berikut adalah langkah di mana pengguna boleh mengkonfigurasi ciri-ciri tersebut dalam PC (dalam local PC, bukan dalam Active Directory Server). Pastikan anda adalah Administrator PC tersebut.


  1. Klik Start > Control Panel > Administrative Tools > Computer Management.
  2. Pilih Local Users and Groups (menu sebelah kiri) > Users.
  3. Klik 2 kali pada akaun pengguna yang tersenarai.
  4. Mark pada Password Never Expires (kata laluan akan kekal dan tidak berubah selama-lamanya), klik Apply dan OK.

Sunday, December 27, 2009

Exchange Server 2007: Error MSExchangeIS Mailbox

Jika paparan pada Event Viewer menunjukkan maklumat berikut:



Maka, kuota storan emel pengguna berkenaan perlu diperiksa. Kebiasaannya, akan didapati saiz storan emel pengguna tersebut melebihi kuota yang telah ditetapkan. Implikasi kepada pengguna ialah, beliau akan menghadapi masalah menghantar dan menerima emel. Saiz storan yang digunakan boleh dilihat melalui Exchange Management Console dengan cara melihat poperties pada mailbox pengguna seperti di bawah.


*2411720 KB adalah saiz storan yang telah digunakan

SISPEN Tidak Boleh Diakses Daripada Klien

Pentadbir Sistem perlu memeriksa aplikasi SISPEN dalam server ****Sql*** bagi membolehkan klien mengakses aplikasi tersebut.

Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:
1. Memastikan server tersebut aktif
2. Connection antara server dan klien wujud
3. Aplikasi SISPEN boleh dibuka


Wednesday, December 23, 2009

Outlook Web Access 2007: "The item that you attempted to access appears to be corrupted and cannot be accessed."

Error Message:
"The item that you attempted to access appears to be corrupted and cannot be accessed."

Bagi pengguna Outlook Web Access 2007 (OWA) yang menghadapi masalah untuk membaca emel mereka melalui inbox di mana tiada message body yang dipaparkan, hanya header sahaja, pengguna tersebut perlulah memaklumkan seberapa segera kepada Pentadbir Emel. Dikhuatiri database emel atau profail pengguna tersebut telah/akan corrupt.
  1. Justeru itu, antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas ialah:
  2. Log masuk ke emel pengguna tersebut menggunakan Microsoft Office Outlook (client).
  3. Laksanakan proses archives.
  4. Delete akaun pengguna dalam Active Directory (AD) Server.
  5. Periksa akaun pengguna tersebut dalam Recipient Configuration dalam Exchange Management Console (Email Server), pastikan telah tiada.
  6. Recreate akaun pengguna tersebut dalam AD Server dan Email Server.
  7. Log masuk semula ke emel pengguna tersebut menggunakan Microsoft Office Outlook (client) dan point kan fail data emel kepada fail yang telah diarkib dalam langkah 3 (dalam format .pst).
  8. Periksa dan sahkan semua emel dalam Archive Folders tersebut.
  9. Kemudian select semua emel yang berkenaan, drag ke dalam folder Inbox. Semua emel pengguna tersebut telah dimasukkan semula ke dalam server.
  10. Log masuk ke OWA dan buat pengesahan.

UPS SmartPro: Bunyi Beep Akibat Insiden Bad Battery

Sekiranya Uninterruptable Power Supply (UPS) mengeluarkan bunyi beep setiap saat dan Bad Battery LED menunjukkan isyarat aktif (bernyala), maka segera yang boleh diambil antaranya ialah:

1. Menekan butang Test (UPS Test/Silence) beberapa saat.
2. Laporkan kerosakan tersebut kepada pihak pembekal/vendor untuk penyenggaraan bateri UPS.

Dengan langkah ini, sekurang-kurangnya pengguna di kawasan sekitar tidak terganggu oleh bunyi tersebut. Langkah yang dinyatakan di atas adalah merujuk kepada peralatan UPS Neuropower SmartPo.

HRMIS: Fail Host

Untuk membolehkan pengguna mengakses laman web HRMIS, nama hos dan alamat IP perlu didaftarkan dalam fail host melalui pautan berikut:

C:\WINDOWS\system32\drivers\etc

Alamat IP dan hos perlu ditulis seperti berikut dalam fail hosts (dibuka menggunakan program notepad).

127.0.0.1       localhost
10.X.X.X       www.XXX.XX.XX

Pendaftaran hos ini juga boleh dilaksanakan dalam Internal DNS.

Wednesday, December 9, 2009

Outlook Web Access 2007: Masalah Mailbox Penuh dan Tidak Boleh Hantar Emel

Kepada pengguna-pengguna emel yang menggunakan Outlook Web Access (OWA) untuk mengakses emel, berikut adalah petunjuk menandakan bahawa peti surat atau mailbox emel anda telah penuh (melebihi had storan yang telah ditetapkan).



Bagi mengatasi masalah ini, sila delete emel yang tidak berkenaan atau anda boleh mengarkibkan (archive) emel tersebut dalam PC anda tanpa melibatkan penggunaan storan dalam server emel. Namun begitu, emel yang dihapuskan (deleted), masih tetap menggunakan ruang storan dalam server tersebut. Oleh sebab itu, peringatan bahawa mailbox anda telah penuh masih dipaparkan.

Langkah seterusnya yang perlu diambil ialah dengan mengosongkan Deleted items pada menu OWA iaitu dengan cara mengklik kanan > pilih Empty Deleted Items.




Selepas itu, klik OK pada tetingkap yang dipaparkan. Sila laksanakan ujian hantar dan terima untuk pengesahan bahawa emel anda dapat berfungsi dengan baik.



Tuesday, December 8, 2009

Tips Carian Google Bahagian II (Akhir)

7. Penyenaraian Telefon
Katakan anda menerima panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenali. Jika anda memiliki no. telefon yang membuat panggilan tersebut, maka carian Google dapat membantu anda untuk menjejakinya melalui carian berikut:

Contoh: phonebook:603-23456789

8. Carian Kod Kawasan
Sekiranya anda ingin mengesan kod kawasan panggilan telefon, sila masukkan kod kawasan dalam carian Google seperti berikut:

Contoh: 603

9. Rangkuman Numerik
Ianya jarang digunakan tetapi dapat membantu dalam membuat carian. Katakan anda ingin membuat carian yang berkaitan dengan tempoh misalnya antara X..Y. X dan Y boleh dianggap sebagai tahun, harga dan sebagainya. Contoh carian adalah seperti di bawah.

Contoh: Honda 1980..2002

10. Kalkulator
Untuk melakukan pengiraan, anda boleh menggunakan carian Google tanpa membuka program Calculator.

Contoh: 2012*12

11. Definisi Perkataan
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat berkenaan definisi sesuatu perkataan atau frasa, anda boleh menggunakan arahan 'command' dalam carian.

Contoh: define:wifi

Semoga tips-tips yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat carian. Selamat mencuba.

Sunday, November 22, 2009

Tips Carian Google Bahagian I

Berikut adalah contoh-contoh metod carian yang boleh digunakan dalam enjin gelintar, khususnya Google.

1. Carian Frasa
Katakan anda ingin membuat carian sesuatu frasa. Kaedah yang paling mudah yang boleh digunakan ialah dengan meletakkan tanda pembuka kata atau double quotes sebelum dan selepas frasa.

Contoh: "Enjin hibrid"

2. Pengecualian Perkataan
Sekiranya anda ingin membuat carian sesebuah frasa tetapi tidak berkaitan dengan sesuatu frasa atau perkataan yang lain, contohnya carian enjin hibrid tidak termasuk Honda.

Contoh: Enjin hibrid -Honda

3. Carian Laman Secara Spesifik (Khusus)
Kadangkala kita ingin membuat carian sesuatu frasa dalam sebuah laman web yang khusus atau yang kita ketahui. Kaedahnya ialah:

 Contoh: "Enjin hibrid" site: www.automania.com

4. Perkataan Seerti atau Sinonim
Katakan anda ingin membuat carian suatu perkataan di mana hasil carian tersebut mengandungi suatu perkataan seerti atau sinonim dengan perkataan yang dikehendaki iaitu dengan menggunakan simbol "~".

Contoh: "Enjin hibrid" ~kejuruteraan

5. Jenis Dokumen Spesifik
Misalnya kita ingin mendapatkan fail atau jenis dokumen secara spesifik yang berkaitan dengan perkara yang dicari iaitu:

Contoh: "Enjin hibrid" filetype:pdf

6. Penggunaan Atau
Secara asasnya, Google akan memberi maklum balas terma atau frasa yang khusus berkaitan dengan carian apabila carian dilakukan.

Contoh: Enjin hibrid OR solar

Matikan Fungsi USB Autorun Dalam Windows XP

Salah satu cara untuk mematikan fungsi Autorun USB dalam Windows XP ialah melalui kaedah berikut iaitu:

1. Klik Start > Run dan taipkan gpedit.msc (Group Policy Edit) dan klik OK.
2. Pilih Administrative Templates > System



3. Pilih "Turn off Autoplay" di sebelah kanan.



4. Setkan radio button ke Enabled dan tukarkan "Turn off Autoplay On" pada All drives.

Monday, November 16, 2009

Driver Installation

Untuk install semula driver komputer, fail-fail tersebut boleh dimuat turun dari laman web pengeluar komputer tersebut seperti Dell, Lenovo, HP dan sebagainya.

Langkah pertama perlu dilakukan ialah dapatkan fail driver dari laman berkenaan dengan membuat carian model komputer atau no. siri peralatan. Muat turun semua fail driver yang berkaitan.

Open dan run fail yang dimuat turun serta instal dalam komputer. Setelah selesai, semak semula device dengan cara,  
  1. klik kanan ikon My Computer dan pilih Properties. 
  2. System Properties akan terpapar. Kenalpasti ikon yang muncul seperti tanda seruan (! - conflict device) atau tanda soal (? - unknown device).

Di bawah Tab Hardware, pilih Properties,  
  1. Driver, klik Update Driver, pilih Advance (install from a list or specific location), 
  2. klik Next,  Pilih Include this location in the search, browse fail/folder yang menyimpan fail driver seperti  folder C:\Drivers atau C:\WINDOWS\system32\drivers.

Tuesday, November 10, 2009

Menggunakan TrendMicro Officescan untuk Imbas Secara Manual

Untuk mengimbas secara manual (manual scanning) menggunakan program Trendmicro Officescan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik kanan ikon biru Trendmicro Officescan di bahagian bawah penjuru sebelah kanan pada system tray.


2. Dalam menu yang dipaparkan, pilih Officescan Console. Maka, tetingkap Trendmicro Officescan akan muncul. Manual Scan tab akan dipilih secara automatik.


3. Pilih drive yang ingin diimbas. Tanda right akan muncul dalam kotak bagi drive yang dipilih. Pilihan boleh dibuat dengan mengklik kiri kotak berkenaan.


4. Tekan butang Scan untuk memulakan imbasan.

5. Tetingkap Scanning akan muncul dan memaparkan progres imbasan. Tempoh imbasan virus akan mengambil masa berdasarkan kapasiti storan dan jumlah fail yang wujud. Adalah digalakkan supaya tiada sebarang interruption semasa proses imbasan dijalankan. Biarkan PC anda sementara waktu.


6. Apabila imbasan selesai, Officescan akan menunjukkan "Scanning is complete" dan klik OK.


7. Jika virus dikesan dan dikenalpasti, Officescan secara automatik akan memaparkan Manual Scan Result tab.


8. Sekiranya terdapat item dalam senarai Security Risk Type, pilih item tersebut dan tekan butang Delete. Ia akan memadamkan fail yang telah dijangkiti dari PC anda.

9. Setelah selesai, tutup Officescan dengan menekan butang Exit.

E-SPKB: Tidak Boleh Akses Modul Tertentu

Insiden ini mungkin berlaku disebabkan beberapa perkara sama ada ianya berkaitan dengan masalah Internet Explorer atau dengan kata lain ialah browser atau pun profail pengguna corrupt. Langkah pengujian yang boleh diambil ialah dengan:

1. Cuba membandingkan jenis dan versi browser serta setting pada PC yang tidak bermasalah.
2. Log masuk ke PC dengan menggunakan akaun pengguna lain seperti user account ke administrator account dan akses ke laman atau modul yang sama.

Lihat dan analisa hasil pengujian di atas. Tindakan yang boleh diambil selepas pengujian tersebut, reinstall browser dan delete folder profail yang bermasalah dan log masuk semula untuk mewujudkan profail baru.

ePerolehan: Masalah Akses ke EP Menggunakan Kad Pintar


Sekiranya berlaku masalah kepada pengguna untuk mengakses aplikasi EP (log masuk ke Sistem ePerolehan) dengan menggunakan Kad Pintar, maka beberapa langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut dengan merujuk laman web ePerolehan, lihat menu Utiliti Medium Akses eP, bahagian (2), "Client Module" Kad Pintar.

Sila muat turun ePerolehan Access Module dan install mengikut panduan dan manual yang disertakan bersama. Uji kembali Kad Pintar tersebut.

Saturday, November 7, 2009

Ketahui MAC Address Melalui IP Address


Untuk mendapatkan info berkenaan nama komputer (remote) dan MAC address dengan melalui IP address, gunakan command prompt nbtstat -a [IP Address].

Friday, November 6, 2009

MS Office Word 2007: Lindungi Dokumen Dengan Katalaluan

Untuk melindungi dokumen dengan menggunakan password, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka MS Office Word 2007.
2. Klik Office Button, pilih dan klik Save As.
3. Windows pop-up akan terpapar, klik Tools pada penjuru bawah sebelah kiri, pilih General Options...
4. Masukkan katalaluan dalam General Options berkenaan dan klik OK.
5. Save dokumen tersebut dan tutup. Sila uji dengan membuka semula dokumen berkenaan.

Thursday, November 5, 2009

MS Office Word 2007: Tandatangan Digital (Digital Signature) Dalam Dokumen

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaplikasi tandatangan digital (digital signature) dalam dokumen yang boleh digunakan dalam tugasan (rasmi) dengan menggunakan Microsoft Office Word 2007.

Cara memasukkan tandatangan digital
1. Buka MS Office Word 2007.
2. Klik tab Insert pada ribbon.
3. Klik Signature Line dalam Text group dan pilih Microsoft Office Signature Line...

4. Windows pop-up akan terpapar, klik OK.

5. Masukkan maklumat dalam Signature Setup dan klik OK.

6. Save dokumen berkenaan.


Cara menggunakan tandatangan digital
1. Klik kanan pada tandatangan digital, pilih Sign.

2. Windows pop-up akan terpapar, klik OK.
3. Pilih imej (tandatangan yang diimbas) dan klik Sign.


Setelah ditandatangan, dokumen berkenaan tidak boleh disunting kecuali tandatangan tersebut dibuang.

Tuesday, November 3, 2009

TrendMicro Officescan Client Quarantine

Sekiranya TrendMicro Officescan Client telah mengesan fail-fail yang disyaki sebagai malware, fail tersebut akan diklasifikasikan sebagai suspicious malware khususnya bagi PC yang tidak mengemaskini virus pattern. Secara manual, suspected file tersebut boleh disemak kesahihannya (sama ada malware atau tidak) dengan mengakses path program TrendMicro.



Misalnya melalui path berikut:
C:\Program Files\Trend Micro\OfficeScan Client\SUSPECT

Fail yang disyaki akan disimpan dalam folder SUSPECT dan boleh dipadam (deleted). Maka, tiada lagi rekod kuarantin yang dikesan oleh konsol TrendMicro Officescan Client setelah dipadam.

Sunday, November 1, 2009

Menyelenggara Microsoft Office Outlook

Setiap hari anda pasti menerima dan menghantar emel serta kadangkala berserta dengan attachment. Lama kelamaan, ruang storan anda akan penuh dan server tidak lagi dapat menampung pertambahan fail-fail yang berkaitan dengan emel tersebut. Akhirnya, anda tidak lagi dapat menerima dan menghantar emel.

Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi sekiranya langkah-langkah penyenggaraan yang mudah dapat diambil, antaranya:

1. Lihat ruang storan yang digunakan.
- Right click folder yang berkenaan pada menu MS Outlook, klik properties.
- Tetingkap baru dipaparkan, sila lihat pada General tab.
-
Klik Folder size ... sebelah kiri bahagian bawah.
- Saiz folder dan sub-folder akan dipaparkan.

2. Muat turun dan simpan attachment.
-
Buka emel yang diterima bersama attachment.
- Right click attachment
dan klik Save as ..
-
Simpan fail attachment dalam PC anda.
- Delete emel tersebut supaya ruang storan dapat dijimatkan.

3. Clear out the Deleted Item folder dan Sent Item folder.
- Right click
folder-folder berkenaan, klik Empty ....

4. Turn on ciri AutoArchive
- Klik Tools pada toolbar atas MS Outlook, klik Options.
- Tetingkap baru dipaparkan, klik tab Other.
- Klik AutoArchive… untuk paparan konfigurasi.
- Klik check box "AutoArchive every…" dan masukkan bilangan hari yang anda kehendaki di antaranya untuk proses archive.

Fail archive akan disimpan dalam format .PST dan boleh dibuka dengan menggunakan MS Outlook secara offline.

Ingin Tahu IP PC Anda?


Untuk mengetahui alamat IP (IP address) PC anda, sila laksanakan langkah berikut:

1. Klik Start.
2. Klik Run..
3. Taip cmd dalam ruangan open dan klik OK.
4. Skrin Command Prompt dipaparkan, sila taip ipconfig dan tekan kekunci Enter.
5. Maklumat alamat IP akan dipaparkan. Untuk lebih perincian, sila taip ipconfig /all dan tekan kekunci Enter.

Fungsi Out of Office Assistant Dalam MS Outlook


Sekiranya anda berada di luar pejabat (outstation), penggunaan fungsi Out of Office Assistant dalam Microsoft Office Outlook dapat membantu untuk memaklumkan ketiadaan anda secara automatik apabila emel dihantar kepada anda dengan melakukan kaedah berikut:

1. Buka MS Outlook 2007.
2. Klik Tools di toolbar bahagian atas.
3. Pilih Out of Office Assistant.
4. Pilih Send Out of Office auto-replies.
5. Masukkan tarikh, masa (ketiadaan anda di pejabat) dan pesanan.
6. Lakukan perkara yang sama dalam tab Outside My Organization, tick Auto-reply to people outside my organization dan pilih Anyone outside my organization.
7. Klik OK.
8. Lakukan pengujian dengan menghantar emel kepada diri anda sendiri.

Tuesday, October 27, 2009

Freeze PC

Deep Freeze merupakan salah satu perisian utiliti yang mampu mengatasi masalah berkaitan perubahan konfigurasi komputer sama ada disengajakan atau sebaliknya, mengurangkan downtime, aktiviti malware dan ketidakfungsian sistem.

Perisian ini bagaikan suatu imuniti atau bullet proof yang mampu memberi kebebasan kepada pengguna menggunakan komputer tanpa halangan. Deep Freeze amat sesuai digunakan di makmal komputer bagi membantu meringankan kerja-kerja penyenggaraan kelak. Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi pemasangan perisian ini.

1. Delete semua fail yang tidak berkenaan.
2. Set desktop wallpaper, arrange icon, sort all programs dan lain-lain konfigurasi.
3. Lakukan disk clean up or disk defragment.
4. Pastikan terdapat lebih daripada satu partition drive untuk simpanan data.
5. Kemaskini patches, virus pattern dan sebagainya.
6. Move atau ubah path bagi My Document ke secondary partition drive.
7. Laksanakan langkah-langkah di atas dalam setiap profail seperti Administrator, User, Guest dan sebagainya.
8. Install Deep Freeze.

Peringatan:

1. Pastikan kata laluan telah dimasukkan dalam perisian Deep Freeze setelah selesai.
2. Lakukan ujian terlebih dahulu bagi memastikan data yang disimpan atau diwujudkan tidak hilang selepas restart.

* Versi Deep Freeze yang telah diuji ialah versi standard. Versi Enterprise memiliki ciri-ciri monitoring and managing console.

Kenapa Deep Freeze?

Jimat kos, jimat masa dan saiz fail yang kecil.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.