Tuesday, December 8, 2009

Tips Carian Google Bahagian II (Akhir)

7. Penyenaraian Telefon
Katakan anda menerima panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenali. Jika anda memiliki no. telefon yang membuat panggilan tersebut, maka carian Google dapat membantu anda untuk menjejakinya melalui carian berikut:

Contoh: phonebook:603-23456789

8. Carian Kod Kawasan
Sekiranya anda ingin mengesan kod kawasan panggilan telefon, sila masukkan kod kawasan dalam carian Google seperti berikut:

Contoh: 603

9. Rangkuman Numerik
Ianya jarang digunakan tetapi dapat membantu dalam membuat carian. Katakan anda ingin membuat carian yang berkaitan dengan tempoh misalnya antara X..Y. X dan Y boleh dianggap sebagai tahun, harga dan sebagainya. Contoh carian adalah seperti di bawah.

Contoh: Honda 1980..2002

10. Kalkulator
Untuk melakukan pengiraan, anda boleh menggunakan carian Google tanpa membuka program Calculator.

Contoh: 2012*12

11. Definisi Perkataan
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat berkenaan definisi sesuatu perkataan atau frasa, anda boleh menggunakan arahan 'command' dalam carian.

Contoh: define:wifi

Semoga tips-tips yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat carian. Selamat mencuba.

1 comment:

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.