Friday, July 30, 2010

Masalah Rename Folder Dalam Windows XP

Pernah menghadapi masalah untuk menamakan folder dalam Windows XP (kecuali folder yang melibatkan fail sistem)? Berikut adalah antara penyelesaian yang boleh dicuba sekiranya paparan berikut muncul.

"cannot rename xyz: It is being used by another person or program."

Penyelesaian:

  1. Muat turun fail registry ini.
  2. Klik 2 kali fail tersebut.
  3. Restart PC.
  4. Cuba rename folder yang dikehendaki.

Monday, July 26, 2010

Masalah Print Margin Untuk Cetakan Baucer Bayaran Dalam Aplikasi E-SPKB

Berdasarkan pengalaman, masalah ini berlaku disebabkan kekurangan ciri-ciri tambahan dalam versi Internet Explorer yang rendah seperti versi 5 dan 6. Justeru itu, sebagai langkah mengatasinya, versi IE perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya ke versi 7 di mana terdapat ciri-ciri tambahan yang telah ditingkatkan pada Print Preview (Shrink to Fit) yang boleh digunakan untuk mencetak semuka penuh dokumen berkenaan.

Thursday, July 22, 2010

Teknik Mudah Menguji Unit Bekalan Kuasa (PSU)


Berikut ada antara kaedah yang boleh digunakan untuk menguji power supply unit (PSU):
  1. Matikan suis dari bekalan kuasa.
  2. Tanggalkan kabel dari CPU dan keluarkan PSU.
  3. Setelah selesai, kenal pasti wayar bewarna hijau pada penghubung utama ATX.
  4. Kenal pasti wayar bewarna hitam berhampiran wayar hijau tersebut.
  5. Dengan menggunakan klip kertas, hubungkan klip kepada wayar hijau dan hitam tersebut.
  6. Sambungkan kipas pada PSU untuk melihat sama ada PSU tersebut rosak atau sebaliknya.
  7. Hidupkan bekalan kuasa. Jika berfungsi, maka PSU tiada masalah.

Tuesday, July 20, 2010

Menentukan Jenis Memori Tanpa Membuka Komputer



Dalam persekitaran Windows, perisian percuma yang dikenali sebagai System Information for Windows (SIW) boleh digunakan bagi tujuan tersebut. SIW akan melakukan proses audit ke atas PC dan memaparkan maklumat secara terperinci berkenaan konfigurasi PC termasuk maklumat memori. SIW adalah aplikasi standalone dan boleh juga diaktifkan melalui pemacu USB. Untuk muat turun terus, sila klik di sini

Monday, July 19, 2010

Reset Configuration In Alcatel Switch

  1. Restart it and press enter during boot.
  2. You will be prompted with a menu where you can choose to clear the config.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.