Wednesday, December 23, 2009

Outlook Web Access 2007: "The item that you attempted to access appears to be corrupted and cannot be accessed."

Error Message:
"The item that you attempted to access appears to be corrupted and cannot be accessed."

Bagi pengguna Outlook Web Access 2007 (OWA) yang menghadapi masalah untuk membaca emel mereka melalui inbox di mana tiada message body yang dipaparkan, hanya header sahaja, pengguna tersebut perlulah memaklumkan seberapa segera kepada Pentadbir Emel. Dikhuatiri database emel atau profail pengguna tersebut telah/akan corrupt.
  1. Justeru itu, antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas ialah:
  2. Log masuk ke emel pengguna tersebut menggunakan Microsoft Office Outlook (client).
  3. Laksanakan proses archives.
  4. Delete akaun pengguna dalam Active Directory (AD) Server.
  5. Periksa akaun pengguna tersebut dalam Recipient Configuration dalam Exchange Management Console (Email Server), pastikan telah tiada.
  6. Recreate akaun pengguna tersebut dalam AD Server dan Email Server.
  7. Log masuk semula ke emel pengguna tersebut menggunakan Microsoft Office Outlook (client) dan point kan fail data emel kepada fail yang telah diarkib dalam langkah 3 (dalam format .pst).
  8. Periksa dan sahkan semua emel dalam Archive Folders tersebut.
  9. Kemudian select semua emel yang berkenaan, drag ke dalam folder Inbox. Semua emel pengguna tersebut telah dimasukkan semula ke dalam server.
  10. Log masuk ke OWA dan buat pengesahan.

No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.