Sunday, March 28, 2010

Penetapan Alamat IP Khusus Untuk PC Tertentu

Berikut adalah kaedah untuk menetapkan IP bagi PC dalam DHCP server menggunakan alamat MAC (IP reservation for certain MAC Address):

Akses ke Server DHCP.

Pilih skop IP yang berkaitan seperti dalam rajah di atas.
Klik kanan pada Reservation dan klik New Reservation.

Lengkapkan maklumat dalam Reservation tersebut (pastikan MAC Address telah diperolehi) dan klik butang Add.

Maka, setiap kali PC tersebut mengakses rangkaian agensi, DHCP akan assign IP yang telah ditetapkan pada PC berkenaan.

Wednesday, March 3, 2010

Teknik Melakukan Proses Archive Emel Menggunakan Microsoft Office Outlook 2007

Dengan fail archive, pengguna dapat mengakses aplikasi emel secara offline menggunakan Microsoft Office Outlook. Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan proses archive menggunakan Outlook 2007.

  • Klik File > Archive.
  • Pilih Archive all folders .... atau Archive this folder ....
  • Pilih tempoh archive dengan memilih tarikh pada Archive items older than ...
  • Klik OK.
  • Proses archive akan dipaparkan seperti rajah di bawah. Fail archive (.pst) tersebut boleh diakses berpandukan kepada path seperti dalam paparan iaitu C:\Documents and Settings\........\Outlook\.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.