Tuesday, October 27, 2009

Freeze PC

Deep Freeze merupakan salah satu perisian utiliti yang mampu mengatasi masalah berkaitan perubahan konfigurasi komputer sama ada disengajakan atau sebaliknya, mengurangkan downtime, aktiviti malware dan ketidakfungsian sistem.

Perisian ini bagaikan suatu imuniti atau bullet proof yang mampu memberi kebebasan kepada pengguna menggunakan komputer tanpa halangan. Deep Freeze amat sesuai digunakan di makmal komputer bagi membantu meringankan kerja-kerja penyenggaraan kelak. Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi pemasangan perisian ini.

1. Delete semua fail yang tidak berkenaan.
2. Set desktop wallpaper, arrange icon, sort all programs dan lain-lain konfigurasi.
3. Lakukan disk clean up or disk defragment.
4. Pastikan terdapat lebih daripada satu partition drive untuk simpanan data.
5. Kemaskini patches, virus pattern dan sebagainya.
6. Move atau ubah path bagi My Document ke secondary partition drive.
7. Laksanakan langkah-langkah di atas dalam setiap profail seperti Administrator, User, Guest dan sebagainya.
8. Install Deep Freeze.

Peringatan:

1. Pastikan kata laluan telah dimasukkan dalam perisian Deep Freeze setelah selesai.
2. Lakukan ujian terlebih dahulu bagi memastikan data yang disimpan atau diwujudkan tidak hilang selepas restart.

* Versi Deep Freeze yang telah diuji ialah versi standard. Versi Enterprise memiliki ciri-ciri monitoring and managing console.

Kenapa Deep Freeze?

Jimat kos, jimat masa dan saiz fail yang kecil.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.