Wednesday, December 9, 2009

Outlook Web Access 2007: Masalah Mailbox Penuh dan Tidak Boleh Hantar Emel

Kepada pengguna-pengguna emel yang menggunakan Outlook Web Access (OWA) untuk mengakses emel, berikut adalah petunjuk menandakan bahawa peti surat atau mailbox emel anda telah penuh (melebihi had storan yang telah ditetapkan).



Bagi mengatasi masalah ini, sila delete emel yang tidak berkenaan atau anda boleh mengarkibkan (archive) emel tersebut dalam PC anda tanpa melibatkan penggunaan storan dalam server emel. Namun begitu, emel yang dihapuskan (deleted), masih tetap menggunakan ruang storan dalam server tersebut. Oleh sebab itu, peringatan bahawa mailbox anda telah penuh masih dipaparkan.

Langkah seterusnya yang perlu diambil ialah dengan mengosongkan Deleted items pada menu OWA iaitu dengan cara mengklik kanan > pilih Empty Deleted Items.




Selepas itu, klik OK pada tetingkap yang dipaparkan. Sila laksanakan ujian hantar dan terima untuk pengesahan bahawa emel anda dapat berfungsi dengan baik.



No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.