Sunday, November 22, 2009

Tips Carian Google Bahagian I

Berikut adalah contoh-contoh metod carian yang boleh digunakan dalam enjin gelintar, khususnya Google.

1. Carian Frasa
Katakan anda ingin membuat carian sesuatu frasa. Kaedah yang paling mudah yang boleh digunakan ialah dengan meletakkan tanda pembuka kata atau double quotes sebelum dan selepas frasa.

Contoh: "Enjin hibrid"

2. Pengecualian Perkataan
Sekiranya anda ingin membuat carian sesebuah frasa tetapi tidak berkaitan dengan sesuatu frasa atau perkataan yang lain, contohnya carian enjin hibrid tidak termasuk Honda.

Contoh: Enjin hibrid -Honda

3. Carian Laman Secara Spesifik (Khusus)
Kadangkala kita ingin membuat carian sesuatu frasa dalam sebuah laman web yang khusus atau yang kita ketahui. Kaedahnya ialah:

 Contoh: "Enjin hibrid" site: www.automania.com

4. Perkataan Seerti atau Sinonim
Katakan anda ingin membuat carian suatu perkataan di mana hasil carian tersebut mengandungi suatu perkataan seerti atau sinonim dengan perkataan yang dikehendaki iaitu dengan menggunakan simbol "~".

Contoh: "Enjin hibrid" ~kejuruteraan

5. Jenis Dokumen Spesifik
Misalnya kita ingin mendapatkan fail atau jenis dokumen secara spesifik yang berkaitan dengan perkara yang dicari iaitu:

Contoh: "Enjin hibrid" filetype:pdf

6. Penggunaan Atau
Secara asasnya, Google akan memberi maklum balas terma atau frasa yang khusus berkaitan dengan carian apabila carian dilakukan.

Contoh: Enjin hibrid OR solar

No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.