Sunday, November 1, 2009

Fungsi Out of Office Assistant Dalam MS Outlook


Sekiranya anda berada di luar pejabat (outstation), penggunaan fungsi Out of Office Assistant dalam Microsoft Office Outlook dapat membantu untuk memaklumkan ketiadaan anda secara automatik apabila emel dihantar kepada anda dengan melakukan kaedah berikut:

1. Buka MS Outlook 2007.
2. Klik Tools di toolbar bahagian atas.
3. Pilih Out of Office Assistant.
4. Pilih Send Out of Office auto-replies.
5. Masukkan tarikh, masa (ketiadaan anda di pejabat) dan pesanan.
6. Lakukan perkara yang sama dalam tab Outside My Organization, tick Auto-reply to people outside my organization dan pilih Anyone outside my organization.
7. Klik OK.
8. Lakukan pengujian dengan menghantar emel kepada diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.