Sunday, December 5, 2010

NTLDR is Compressed. Press Atl+Ctrl+Del to Restart.

I ran a recovery on my computer and now I get a message, "NTLDR is Compressed press atl. ctrl. del to restart." When I restart it gives the same message each time.

Solution:
Boot from the XP install CD, get to a recovery console (follow the prompts), change to the Windows root with "cd c:\" , then type "attrib -c ntldr", type "exit" and reboot...

Sunday, November 21, 2010

Cara Reset Canon MP198 (Error E27)


1. Printer dalam keadaan mati dan kabel elektrik terpasang.
2. Tekan dan tahan STOP/RESET kemudian tekan dan tahan POWER.
3. Lepas butang STOP/RESET (butang POWER jangan dilepaskan).
4. Tekan STOP/RESET dua (2) kali, kemudian lepaskan butang POWER.
5. Biarkan Lampu Hijau berkelip 2 kali hingga print head berhenti bergerak. Dan LED panel menunjukkan angka '0'.
6. Komputer akan detect new hardware.
7. Keadaan ini menunjukkan printer MP198 dalam keadaan SERVICE MODE dan sedia direset.

DOWNLOAD PROGRAM RESETTER MP198.

1. Exctract File Resetter MP198.
2. Sediakan dua (2) helai kertas di printer (untuk proses reset).
3. Jalankan program Resetter MP198.


4. Klik "MAIN", maka printer akan berproses, kemudian MP198 akan print satu halaman dengan tulisan " D=000.0 dan ....".
5. Klik " EEPROM Clear ".
6. Kemudian klik " EEPROM ", dan printer akan print hasil Resetter MP198. Salah satu barisnya tulisannya sbb: "TPAGE(TTL=00000 COPY=00000)"
7. Matikan Printer dengan menekan butang POWER.
8. Lakukan ujian copy dan print test.

9. Selesai.

Sunday, October 31, 2010

Bagaimana Membuang Semua 'Hidden Rows/Column' Dalam Microsoft Office Excel 2007?

Klik Office Button di bahagian atas sebelah kiri toolbar –> Prepare –> Inspect Document.

Pastikan Hidden Rows and Columns telah ditandakan (checked).


Klik Inspect.

Sekiranya wujud Hidden Rows and Columns, bilangan 'hidden rows and columns' akan dipaparkan. Klik Remove all dan Close.

Thursday, October 21, 2010

Kaedah Mengemaskini Pangkalan Data Kaspersky Internet Security 2010 ke Atas Komputer yang Tiada Sambungan Internet

Sila klik imej untuk paparan animasi

Perincian berkenaan kaedah ini boleh dirujuk melalui laman berikut:
http://support.kaspersky.com/kis2010/update?print=true&qid=208280097

Bagi mengurangkan penggunaan bandwidth dalam pengemaskinian KIS terus ke Internet (Kaspersky Server) untuk setiap PC, konsep klien-server boleh digunakan dengan cara memasang perisian KIS dalam sebuah komputer dan dijadikan sebagai hos (khusus untuk pengemaskinian sahaja) yang mempunyai sambungan ke Internet.

Sedikit konfigurasi sahaja yang diperlukan pada PC hos tersebut iaitu:
  1. Buka KIS 2010 > Setting > My Update Center > Pilih Copy Updates to Folder.
  2. Setkan folder sharing ke atas folder yang telah ditetapkan pada PC hos untuk KIS updates.
  3. Kemudian setkan setiap PC (klien) untuk mengemaskini pangkalan data menerusi folder PC hos seperti dalam animasi di atas.

Masalah Capaian ke Internet, Cuba "netsh winsock"


Service pack 2 for Windows XP includes some additions to the Netsh suite. These are discussed here and include a new tool for repairing the Windows network socket or "winsock". Uninstalling spyware or poorly written applications can corrupt the winsock settings and result in loss of network connectivity.

There are two commands for managing the settings. To display a list of various installed services (LSP, BSP, NSP) use

netsh winsock show catalog 

This list may not be too meaningful for the average PC user but it can be helpful for more experienced users. To reset the winsock to the default configuration use  

netsh winsock reset catalog 

Note that any installed software that uses Internet connections may be partially disabled by this action and have to be reinstalled. This would include most software that updates itself and anti-virus programs that use proxy servers. Therefore, this command should only be used for cases where the degree of corruption makes it necessary. See this reference for some alternative methods.

Ref: commandwindows.com

Wednesday, October 13, 2010

Tukar Lokasi Favourite Folder Bagi Pengguna Internet Explorer

Untuk mengubah lokasi Favourite Folder (Internet Explorer) ke drive lain, pengguna Windows XP boleh menggunakan perisian Tweak UI. Konfigurasi folder berkenaan adalah seperti dalam gambar di bawah.


Muat turun perisian TweakUI versi 2.10 (Windows Xp SP1 dan ke atas)

Wednesday, August 18, 2010

Kemaskini Driver Dalam PC Anda!

Cara termudah untuk mengemaskini perisian driver anda dengan menggunakan Driver Checker. Dapatkan versi portable di pautan ini.

Tuesday, August 10, 2010

Menghilangkan Connection Tab Dalam Internet Explorer


Untuk menghilangkan atau menghapuskan fungsi Connection Tab dalam Internet Explorer, arahan gpedit.msc perlu digunakan. Seterusnya langkah-langkah seperti yang dipaparkan dalam rajah boleh dilaksanakan. Pastikan ianya dilakukan dalam mod Administrator.

Monday, August 9, 2010

Fast Track: 10 ways to extend your laptop's life

Take care of your hardware
  1. Keep your display and keyboards clean.
  2. Don't let your laptop overheat.
  3. Use a case.

Take care of your software

  1. Install and update antivirus software.
  2. Clear out system clutter.
  3. Keep your PC tuned.

Maintain battery life
  1. Avoid extreme temperatures.
  2. Put your laptop into "sleep" or "hibernate" mode when you're not using it.
  3. Turn off or limit use of power-draining processes.
  4. Beware of energy-hogging background programs.
Source: iolo.com


Wednesday, August 4, 2010

Dapatkan Semula Fail Dalam Profail GUEST (Windows XP)

Berikut adalah antara perisian yang boleh digunakan untuk mendapatkan semula fail/folder yang hilang disebabkan penggunaan akaun Guest iaitu perisian PC Inspector. Sila muat turun di sini.

Antara paparan skrin untuk menggunakan perisian ini:

Peringatan Kepada Pengguna Akaun GUEST Dalam Persekitaran Windows XP


Penggunaan akaun Guest dalam Windows XP amat tidak sesuai diamalkan di organisasi/pejabat khususnya di kalangan staf. Default policy bagi akaun Guest adalah berbeza dengan akaun User.

Antara kesan yang akan berlaku sekiranya pengguna menggunakan akaun Guest ialah, semua fail yang disimpan dalam profail Guest akan hilang sekiranya akaun tersebut tidak diakses untuk tempoh beberapa lama. Sila baca penerangan lanjut di bawah ini untuk lebih jelas.


>
QUESTION POSED ON: 12 August 2002
"Hi, there. My problem is as follows:
  1. The user logged in as the "GUEST". The password is guest as well.
  2. Files were created and saved under "MY DOCUMENTS."
  3. While the machine was still on, we were able to see the files under "MY DOCUMENTS."
  4. The machine was shut down for the weekend.
  5. On starting up on Monday, no files were visible under "MY DOCUMENTS."
  6. I tried the same thing on another Windows 2000 machine and the same thing happened. Is it that files created under the user guest are not kept by the system? Any help will be greatly appreciated to recover these files."

>
"Yes, everything within the user profile of the Guest account is discarded the moment you log out of that account. The guest account has a mandatory profile. The My Documents folder is just another folder element within the user profile. When you log out of the Guest account, all changes to the environment and all files stored within the user profiles folders are removed and restored back to their original state. If you want files from a Guest user to remain available after they log out, they must be stored in some other location outside of the user profile's folders."
EXPERT RESPONSE FROM: James Michael Stewart


>
QUESTION POSED ON: 07 January 2004
"I have a laptop running Windows XP Pro. This laptop is used as a loaner and several people have been logging onto it using the Guest account. I have had a couple of people complain that when saving a document to the default "My Documents" after they log-out and back ina again later, the document is gone (I have also test this and experienced it) I beleive this is actually a "feature" of the Guest account. Is this true? Where can I find more information on this?"

>
"I tried this out myself, and -- you're right! It appears that the Guest account's profile is similar to a Mandatory Profile. It only exists for the life of the session. Since the My Documents is part of the profile, it gets wiped out when users log off. Moral of the story: Have Guests save their data to a place it can be retrieved -- like a common network share, USB disk-on-key, or floppy disk. My friend James Conrad calls this the "Unwelcome Guest" feature."

EXPERT RESPONSE FROM: Jeremy Moskowitz

Tuesday, August 3, 2010

Maklumat Keperluan Peralatan ICT


Berikut adalah contoh Borang Maklumat Keperluan Peralatan ICT yang boleh digunakan di mana-mana agensi bagi membantu pihak pengurusan IT merancang keperluan pengguna untuk pembangunan prasarana ICT di agensi.

Muat turun di sini

Monday, August 2, 2010

Variasi Firewire


Maklumat lanjut berkenaan Firewire boleh dirujuk di sini.

Sunday, August 1, 2010

Firewire Atau IEEE1394

Jenis port Firewire yang berbeza.
Sesetengah komputer riba telah dilengkapi dengan port Firewire. Teknologi Firewire digunakan khususnya disebabkan kelebihannya melakukan pemindahan data seperti video pada kelajuan tinggi dengan jumlah data yang besar di mana ianya dapat mengekalkan kualiti data (video) berkenaan.
Firewire adalah nama komersil yang juga dikenali sebagai IEEE1394.

Friday, July 30, 2010

Masalah Rename Folder Dalam Windows XP

Pernah menghadapi masalah untuk menamakan folder dalam Windows XP (kecuali folder yang melibatkan fail sistem)? Berikut adalah antara penyelesaian yang boleh dicuba sekiranya paparan berikut muncul.

"cannot rename xyz: It is being used by another person or program."

Penyelesaian:

  1. Muat turun fail registry ini.
  2. Klik 2 kali fail tersebut.
  3. Restart PC.
  4. Cuba rename folder yang dikehendaki.

Monday, July 26, 2010

Masalah Print Margin Untuk Cetakan Baucer Bayaran Dalam Aplikasi E-SPKB

Berdasarkan pengalaman, masalah ini berlaku disebabkan kekurangan ciri-ciri tambahan dalam versi Internet Explorer yang rendah seperti versi 5 dan 6. Justeru itu, sebagai langkah mengatasinya, versi IE perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya ke versi 7 di mana terdapat ciri-ciri tambahan yang telah ditingkatkan pada Print Preview (Shrink to Fit) yang boleh digunakan untuk mencetak semuka penuh dokumen berkenaan.

Thursday, July 22, 2010

Teknik Mudah Menguji Unit Bekalan Kuasa (PSU)


Berikut ada antara kaedah yang boleh digunakan untuk menguji power supply unit (PSU):
  1. Matikan suis dari bekalan kuasa.
  2. Tanggalkan kabel dari CPU dan keluarkan PSU.
  3. Setelah selesai, kenal pasti wayar bewarna hijau pada penghubung utama ATX.
  4. Kenal pasti wayar bewarna hitam berhampiran wayar hijau tersebut.
  5. Dengan menggunakan klip kertas, hubungkan klip kepada wayar hijau dan hitam tersebut.
  6. Sambungkan kipas pada PSU untuk melihat sama ada PSU tersebut rosak atau sebaliknya.
  7. Hidupkan bekalan kuasa. Jika berfungsi, maka PSU tiada masalah.

Tuesday, July 20, 2010

Menentukan Jenis Memori Tanpa Membuka Komputer



Dalam persekitaran Windows, perisian percuma yang dikenali sebagai System Information for Windows (SIW) boleh digunakan bagi tujuan tersebut. SIW akan melakukan proses audit ke atas PC dan memaparkan maklumat secara terperinci berkenaan konfigurasi PC termasuk maklumat memori. SIW adalah aplikasi standalone dan boleh juga diaktifkan melalui pemacu USB. Untuk muat turun terus, sila klik di sini

Monday, July 19, 2010

Reset Configuration In Alcatel Switch

  1. Restart it and press enter during boot.
  2. You will be prompted with a menu where you can choose to clear the config.

Tuesday, June 22, 2010

Buka Command Prompt Dalam Windows 98 SE

Sekiranya dalam Windows XP, paparan Command Prompt boleh dibuka dengan menggunakan arahan cmd. Namun bagi Windows 98 SE, arahan tersebut perlu ditaip penuh iaitu command.

Tips Untuk Meningkatkan Kelajuan Capaian Internet

  1. Dapatkan versi terkini atau updates pelayar web (browser).
  2. Laksanakan imbasan Anti-Malware sepenuhnya dalam PC.
  3. Bersihkan atau buang fail-fail yang tidak berkenaan dalam PC seperti temp file dan sebagainya dengan menggunakan program/perisian utiliti.
  4. Kekalkan tahap 'kesihatan' PC dengan melaksanakan penyenggaraan sendiri seperti  fragmented drive dan  registry errors scanning.
  5. Tingkat upaya kapasiti memori (RAM).
  6. Periksa kualiti router termasuk mengemaskini firmware.
  7. Tidak membuka banyak pelayar web dalam masa yang sama.
  8. Hadkan penggunaan/pemasangan add-on pada pelayar web.
  9. Tidak mengaktifkan banyak program secara serentak semasa melayari web.

Monday, June 7, 2010

EG*Net: Masalah Capaian ke Laman Aplikasi EG Seperti HRMIS dan eSPKB

Isu di bawah ini adalah berkaitan dengan kegagalan akses ke laman aplikasi EG sahaja dan tidak berkaitan dengan host file.

Kaedah troubleshoot:

  1. Laksanakan arahan PING ke laman web berkenaan.
  2. Lihat status arahan tersebut. Kebiasaanya status akan memaparkan Request time out atau Destination host unreachabled.
  3. Laksanakan arahan TRACERT.
  4. Kenalpasti IP yang terpapar.
  5. Periksa sambungan (fizikal/logikal) peralatan rangkaian selepas IP yang terakhir dipaparkan.
  6. Sebarang masalah diajukan kepada Helpdesk GITN.

Sunday, March 28, 2010

Penetapan Alamat IP Khusus Untuk PC Tertentu

Berikut adalah kaedah untuk menetapkan IP bagi PC dalam DHCP server menggunakan alamat MAC (IP reservation for certain MAC Address):

Akses ke Server DHCP.

Pilih skop IP yang berkaitan seperti dalam rajah di atas.
Klik kanan pada Reservation dan klik New Reservation.

Lengkapkan maklumat dalam Reservation tersebut (pastikan MAC Address telah diperolehi) dan klik butang Add.

Maka, setiap kali PC tersebut mengakses rangkaian agensi, DHCP akan assign IP yang telah ditetapkan pada PC berkenaan.

Wednesday, March 3, 2010

Teknik Melakukan Proses Archive Emel Menggunakan Microsoft Office Outlook 2007

Dengan fail archive, pengguna dapat mengakses aplikasi emel secara offline menggunakan Microsoft Office Outlook. Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan proses archive menggunakan Outlook 2007.

  • Klik File > Archive.
  • Pilih Archive all folders .... atau Archive this folder ....
  • Pilih tempoh archive dengan memilih tarikh pada Archive items older than ...
  • Klik OK.
  • Proses archive akan dipaparkan seperti rajah di bawah. Fail archive (.pst) tersebut boleh diakses berpandukan kepada path seperti dalam paparan iaitu C:\Documents and Settings\........\Outlook\.

Sunday, February 7, 2010

Publish Web Aplikasi Ke Internet Dengan Port Tertentu

Terdapat beberapa aplikasi web yang dibangunkan menggunakan port tertentu untuk membolehkan aplikasi tersebut diakses contohnya port 8081. Justeru itu, beberapa konfigurasi tambahan (dalam Firewall Fortigate) perlu dibuat untuk membolehkan web aplikasi  tersebut boleh diakses melalui Internet. 
  • Login ke Fortigate Console.

  • Klik Firewall > Service > Custom > Create New.


  • Lengkapkan maklumat dalam New Custom Service seperti di bawah.

  • Kemudian setkan Protocol dan Port tersebut dalam Virtual IP.

Thursday, February 4, 2010

Kaedah Menyembunyikan Drive (Selain Drive C)

Berikut adalah salah satu kaedah (berdasarkan pengalaman) bagi melakukan hidden drive. Pastikan anda dalam mod Administrator.
  • Klik Start > Run dan taipkan regedit, klik OK.
  • Kemudian, navigasi mengikut registry berikut: HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\CurrentVersion\Policies\Explorer.
  • Klik kanan pada Explorer dan pilih New > DWORD Value.
  • Namakan value baru tersebut sebagai NoDrives dan klik 2 kali untuk membuka Properties. Klik Decimal pada Base.
  • Taip nilai berikut merujuk kepada drive yang ingin disembunyikan iaitu D: 8, E: 16, F: 32, G: 64, H: 128, I: 256 dan seterusnya. Untuk menyembunyikan drive D dan E, taipkan 24 di mana 8+16=24.
  • Kemudian restart PC.
  • Untuk mengembalikan semula drive, taipkan value data sebagai 0 atau delete value NoDrives tersebut.

    Tuesday, February 2, 2010

    SISPEN: Masalah Cetakan Laporan Q8


    Sekiranya berlaku masalah berkaitan cetakan paparan Laporan Q8 (tidak sempurna) melalui aplikasi SISPEN, walau pun paparan sebenar adalah lengkap dan sempurna, maka antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menguji mesin pencetak terlebih dahulu. Jika tiada masalah, sila ambil langkah dengan melakukan proses restart server berkenaan dan cetak semula laporan.

    Tuesday, January 19, 2010

    Windows Server 2003: Masalah Join Domain

    Sekiranya berlaku masalah untuk join domain, misalnya field domain kelihatan deem di mana pengguna tidak dapat memasukkan nama domainsila periksa Services.



    Di bahagian Services ini, pastikan servis Workstation dimulakan (Started) dan disetkan Automatic. Kemudian lakukan proses join domain semula.


    HRMIS: Peringatan Untuk Keselamatan Data

    Setiap kali para pengguna selesai mengakses aplikasi HRMIS, mesej berikut akan dipaparkan. Justeru itu adalah diharapkan setiap pengguna HRMIS melaksanakan langkah-langkah tersebut (seperti dalam paparan) untuk menjamin keselamatan data.

    Langkah ini juga perlu dilaksanakan untuk setiap kali mengakses laman atau aplikasi kritikal seperti aplikasi yang melibatkan kewangan dan data peribadi seperti Maybank2u, ESIS, Lelong, PayPal dan sebagainya.


    Buang Mal Otorun1 Secara Manual

    Mal Otorun1 yang dikesan oleh Antivirus boleh dibuang secara manual melalui kaedah berikut:


    Akses Registry Editor (regedit) dan kemudian akses ke My Computer\HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrenVersion\Policies\Explorer.


    Klik (double click) pada NoDriveTypeAutoRun dan gantikan nilai (value) yang tertera kepada B5. Maklumat lanjut boleh didapati melalui URL di bawah.

    Monday, January 11, 2010

    Event Viewer: Error DCOM (bcmwltry.exe)


    Paparan di atas adalah error yang didapati melalui Event Viewer.



    Berikut adalah perincian berkenaan mesej error tersebut serta cadangan penyelesaian yang diberikan iaitu mengenalpasti perisian/perkakasan yang bermasalah.


    Perisian/perkakasan yang bermasalah tersebut dikenalpasti menggunakan nombor registry yang dipaparkan dalam rajah pertama di atas iaitu 28DD3979-XXXX-XX...

    Pengesanan dilakukan dalam Registry Editor (regedit).


    bcmwltry.exe dikenalpasti sebagai Broadcom Wireless LAN Tray Service di mana tiada perkakasan yang berkaitan dipasang pada server tersebut. Justeru, langkah mematikan operasi servis tersebut diambil (Stopped dan Disabled).
    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.