Tuesday, January 19, 2010

Windows Server 2003: Masalah Join Domain

Sekiranya berlaku masalah untuk join domain, misalnya field domain kelihatan deem di mana pengguna tidak dapat memasukkan nama domainsila periksa Services.



Di bahagian Services ini, pastikan servis Workstation dimulakan (Started) dan disetkan Automatic. Kemudian lakukan proses join domain semula.


HRMIS: Peringatan Untuk Keselamatan Data

Setiap kali para pengguna selesai mengakses aplikasi HRMIS, mesej berikut akan dipaparkan. Justeru itu adalah diharapkan setiap pengguna HRMIS melaksanakan langkah-langkah tersebut (seperti dalam paparan) untuk menjamin keselamatan data.

Langkah ini juga perlu dilaksanakan untuk setiap kali mengakses laman atau aplikasi kritikal seperti aplikasi yang melibatkan kewangan dan data peribadi seperti Maybank2u, ESIS, Lelong, PayPal dan sebagainya.


Buang Mal Otorun1 Secara Manual

Mal Otorun1 yang dikesan oleh Antivirus boleh dibuang secara manual melalui kaedah berikut:


Akses Registry Editor (regedit) dan kemudian akses ke My Computer\HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrenVersion\Policies\Explorer.


Klik (double click) pada NoDriveTypeAutoRun dan gantikan nilai (value) yang tertera kepada B5. Maklumat lanjut boleh didapati melalui URL di bawah.

Monday, January 11, 2010

Event Viewer: Error DCOM (bcmwltry.exe)


Paparan di atas adalah error yang didapati melalui Event Viewer.



Berikut adalah perincian berkenaan mesej error tersebut serta cadangan penyelesaian yang diberikan iaitu mengenalpasti perisian/perkakasan yang bermasalah.


Perisian/perkakasan yang bermasalah tersebut dikenalpasti menggunakan nombor registry yang dipaparkan dalam rajah pertama di atas iaitu 28DD3979-XXXX-XX...

Pengesanan dilakukan dalam Registry Editor (regedit).


bcmwltry.exe dikenalpasti sebagai Broadcom Wireless LAN Tray Service di mana tiada perkakasan yang berkaitan dipasang pada server tersebut. Justeru, langkah mematikan operasi servis tersebut diambil (Stopped dan Disabled).

Papar Format Fail (File Extension Format) Dalam Windows



Untuk memaparkan file extension format contohnya memaparkan WinRAR sebagai WinRAR.exe, pengguna boleh melaksanakan langkah berikut:

  1. Klik My Computer.
  2. Lihat pada Toolbar, klik Tools > Folder options > View.
  3. Klik checkbox (uncheck) pada Hide extensions for known file types.

Saturday, January 9, 2010

ILMU: Masalah Paparan Gambar Pengguna

Sistem ILMU adalah sebuah sistem pengurusan pusat sumber/perpustakaan yang lengkap bagi tujuan pengrekodan buku, pendaftaran pengguna, urusan peminjaman dan pemulangan, carian bahan bacaan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah langkah penyelesaian yang telah diambil bagi mengatasi masalah paparan gambar pengguna (setelah log masuk ke laman web ILMU / OPAC):

1. Pentadbir sistem perlu mengakses ke laman konfigurasi (configuration menu).



2. Pilih Properties dan semak pada bahagian Image Path. Pastikan rujukan folder dan tanda "/" adalah betul. Sebelum itu, gambar pengguna berkenaan mestilah telah dimuat naik oleh Pentadbir ILMU.


Friday, January 1, 2010

Set Schedule Akses Laman Web Tertentu Dalam Firewall Fortigate

Langkah ini adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengurusan bandwidth bagi mengurangkan berlakunya masalah kualiti capaian yang tidak memuaskan. Hal ini berlaku disebabkan capaian ke atas satu-satu laman web tertentu amat tinggi dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang memerlukan penggunaan badwidth yang besar.

  1. Wujudkan atau setkan FQDN pada FirewallAddress > Tab Address.
  2. Wujudkan atau setkan grup untuk Adress yang berkenaan dalam Firewall > Address > Tab Group.
  3. Wujudkan jadual akses ke laman atau grup web berkenaan dalam Firewall > Schedule > Recurring / One-time.
  4. Kemudian setkan dalam polisi menggunakan setting yang telah dibuat dan lakukan pengujian.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.