Sunday, February 7, 2010

Publish Web Aplikasi Ke Internet Dengan Port Tertentu

Terdapat beberapa aplikasi web yang dibangunkan menggunakan port tertentu untuk membolehkan aplikasi tersebut diakses contohnya port 8081. Justeru itu, beberapa konfigurasi tambahan (dalam Firewall Fortigate) perlu dibuat untuk membolehkan web aplikasi  tersebut boleh diakses melalui Internet. 
  • Login ke Fortigate Console.

  • Klik Firewall > Service > Custom > Create New.


  • Lengkapkan maklumat dalam New Custom Service seperti di bawah.

  • Kemudian setkan Protocol dan Port tersebut dalam Virtual IP.

Thursday, February 4, 2010

Kaedah Menyembunyikan Drive (Selain Drive C)

Berikut adalah salah satu kaedah (berdasarkan pengalaman) bagi melakukan hidden drive. Pastikan anda dalam mod Administrator.
  • Klik Start > Run dan taipkan regedit, klik OK.
  • Kemudian, navigasi mengikut registry berikut: HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\CurrentVersion\Policies\Explorer.
  • Klik kanan pada Explorer dan pilih New > DWORD Value.
  • Namakan value baru tersebut sebagai NoDrives dan klik 2 kali untuk membuka Properties. Klik Decimal pada Base.
  • Taip nilai berikut merujuk kepada drive yang ingin disembunyikan iaitu D: 8, E: 16, F: 32, G: 64, H: 128, I: 256 dan seterusnya. Untuk menyembunyikan drive D dan E, taipkan 24 di mana 8+16=24.
  • Kemudian restart PC.
  • Untuk mengembalikan semula drive, taipkan value data sebagai 0 atau delete value NoDrives tersebut.

    Tuesday, February 2, 2010

    SISPEN: Masalah Cetakan Laporan Q8


    Sekiranya berlaku masalah berkaitan cetakan paparan Laporan Q8 (tidak sempurna) melalui aplikasi SISPEN, walau pun paparan sebenar adalah lengkap dan sempurna, maka antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menguji mesin pencetak terlebih dahulu. Jika tiada masalah, sila ambil langkah dengan melakukan proses restart server berkenaan dan cetak semula laporan.

    Tuesday, January 19, 2010

    Windows Server 2003: Masalah Join Domain

    Sekiranya berlaku masalah untuk join domain, misalnya field domain kelihatan deem di mana pengguna tidak dapat memasukkan nama domainsila periksa Services.



    Di bahagian Services ini, pastikan servis Workstation dimulakan (Started) dan disetkan Automatic. Kemudian lakukan proses join domain semula.


    HRMIS: Peringatan Untuk Keselamatan Data

    Setiap kali para pengguna selesai mengakses aplikasi HRMIS, mesej berikut akan dipaparkan. Justeru itu adalah diharapkan setiap pengguna HRMIS melaksanakan langkah-langkah tersebut (seperti dalam paparan) untuk menjamin keselamatan data.

    Langkah ini juga perlu dilaksanakan untuk setiap kali mengakses laman atau aplikasi kritikal seperti aplikasi yang melibatkan kewangan dan data peribadi seperti Maybank2u, ESIS, Lelong, PayPal dan sebagainya.


    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.