Thursday, February 4, 2010

Kaedah Menyembunyikan Drive (Selain Drive C)

Berikut adalah salah satu kaedah (berdasarkan pengalaman) bagi melakukan hidden drive. Pastikan anda dalam mod Administrator.
  • Klik Start > Run dan taipkan regedit, klik OK.
  • Kemudian, navigasi mengikut registry berikut: HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\CurrentVersion\Policies\Explorer.
  • Klik kanan pada Explorer dan pilih New > DWORD Value.
  • Namakan value baru tersebut sebagai NoDrives dan klik 2 kali untuk membuka Properties. Klik Decimal pada Base.
  • Taip nilai berikut merujuk kepada drive yang ingin disembunyikan iaitu D: 8, E: 16, F: 32, G: 64, H: 128, I: 256 dan seterusnya. Untuk menyembunyikan drive D dan E, taipkan 24 di mana 8+16=24.
  • Kemudian restart PC.
  • Untuk mengembalikan semula drive, taipkan value data sebagai 0 atau delete value NoDrives tersebut.

    No comments:

    Post a Comment

    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.