Setiap hari anda pasti menerima dan menghantar emel serta kadangkala berserta dengan
attachment. Lama kelamaan, ruang storan anda akan penuh dan server tidak lagi dapat menampung pertambahan fail-fail yang berkaitan dengan emel tersebut. Akhirnya, anda tidak lagi dapat menerima dan menghantar emel.
Namun begitu, perkara tersebut dapat diatasi sekiranya langkah-langkah penyenggaraan yang mudah dapat diambil, antaranya:
1.
Lihat ruang storan yang digunakan.
-
Right click folder yang berkenaan pada menu MS Outlook, klik
properties.
- Tetingkap baru dipaparkan, sila lihat pada
General tab.
- Klik
Folder size ... sebelah kiri bahagian bawah.
- Saiz folder dan sub-folder akan dipaparkan.
2.
Muat turun dan simpan attachment.
- Buka emel yang diterima bersama
attachment.
- Right click attachment dan klik
Save as ..
- Simpan fail
attachment dalam PC anda.
-
Delete emel tersebut supaya ruang storan dapat dijimatkan.
3.
Clear out the Deleted Item folder dan Sent Item folder.
- Right click folder-folder berkenaan, klik
Empty ....
4
. Turn on ciri AutoArchive- Klik
Tools pada
toolbar atas MS Outlook, klik
Options.
- Tetingkap baru dipaparkan, klik tab
Other.
- Klik
AutoArchive… untuk paparan konfigurasi.
- Klik
check box "AutoArchive every…" dan masukkan bilangan hari yang anda kehendaki di antaranya untuk proses
archive.
Fail
archive akan disimpan dalam format
.PST dan boleh dibuka dengan menggunakan MS Outlook secara
offline.