Monday, January 30, 2012

Canon PIXMA iP1600: Waste Ink Absorber Full

Langkah 1:

1. Remove INK cartridges.
2. Unplug AC power.
3. Hold power button and plug AC power while holding the power button in.
4. Press resume 4 times.
5. Print test.

Jika berjaya langkah 5, turn off printer tersebut dan print test sekali lagi. Sekiranya masalah masih berlaku, laksanakan langkah berikut:

Langkah 2:

1. Remove INK cartridges.
2. Unplug AC power.
3. Hold power button and plug AC power while holding the power button in.
4. Press resume 2 times.
5. Print test.
6. Run iPTool -> Select printer -> Reset Main & Reset Platen.
7. Print test.
8. Turn off and turn on the printer.
9. Print test.

Monday, January 9, 2012

PC Shutdown Secara Automatik Kurang 3 Minit Selepas DIhidupkan

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi ialah CPU terlalu panas dan kerosakan PSU.

Untuk menguji sama ada PSU menjadi punca terhadap masalah tersebut, cuba tanggalkan mana-mana penguhubung bekalan kuasa (connector) seperti dari papan induk (motherboard). Kemudian, lakukan pengujian sama ada terdapat sebarang perubahan atau sebaliknya. Sekiranya PC tersebut tidak shutdown, maka PSU tersebut bukanlah faktor penyebab.


Untuk melihat suhu CPU, sila akses BIOS dan lihat pada PC Health Status. CPU Temperature hendaklah tidak melebihi daripada CPU Shutdown Temperature. Jika tidak, PC akan shutdown secara automatik. Keluarkan fan dan heat sink serta bersihkan bilah-bilah/fin pada heat sink tersebut dengan menggunakan berus. Pasang semula dengan cermat.

Thursday, December 8, 2011

Windows XP: PC Always Restarting

Situasi di mana PC always restarting dalam normal mode. Namun begitu, ianya tidak berlaku dalam safe mode. Antara kaedah yang telah dicuba ialah:

  1. Log masuk ke Windows dalam safe mode sebagai Administrator.
  2. Turn off system restore dalam System Properties.
  3. Tidak mengaktifkan Automatically restart sekiranya system failure dalam System Properties/Advanced/Setting (Startup  and Recovery).
  4. Periksa services dan startup dalam menggunakan arahan msconfig.
  5. Kemudian, restart PC.

Jika masih tidak berjaya:

  1. Lakukan boot PC from CD drive untuk proses repair Windows.
  2. Jika paparan skrin biru terjadi, lakukan hard PC restart.
  3. Kemudian login Windows dalam normal mode sebagai Administrator.
  4. Uninstall mana-mana perisian yang suspicious yang menjadi punca masalah seperti Kaspersky Internet Security.

Tuesday, November 22, 2011

Cara Reset Pencetak EPSON Stylus C67

Berikut adalah mesej yang dipaparkan ketika mencetak menggunakan Epson Stylus C67:


Poses reset boleh dilakukan dengan menggunakan perisian  SSC Service Utility versi terkini (telah dicuba versi 4.30).

Setelah selesai proses reset, restart printer dan print test.

Old Version Downloads - OldApps.com


Kesulitan mendapatkan perisian yang sesuai dengan Sistem Pengoperasian (OS) kerap kali berlaku ke atas pengguna yang masih menggunakan OS versi terdahulu seperti pengguna Windows 98, Windows 2000, Windows ME dan sebagainya. Untuk, cuba layari laman web OldApps.com yang mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.