Tuesday, June 22, 2010
Buka Command Prompt Dalam Windows 98 SE
Sekiranya dalam Windows XP, paparan Command Prompt boleh dibuka dengan menggunakan arahan cmd. Namun bagi Windows 98 SE, arahan tersebut perlu ditaip penuh iaitu command.
Tips Untuk Meningkatkan Kelajuan Capaian Internet
- Dapatkan versi terkini atau updates pelayar web (browser).
- Laksanakan imbasan Anti-Malware sepenuhnya dalam PC.
- Bersihkan atau buang fail-fail yang tidak berkenaan dalam PC seperti temp file dan sebagainya dengan menggunakan program/perisian utiliti.
- Kekalkan tahap 'kesihatan' PC dengan melaksanakan penyenggaraan sendiri seperti fragmented drive dan registry errors scanning.
- Tingkat upaya kapasiti memori (RAM).
- Periksa kualiti router termasuk mengemaskini firmware.
- Tidak membuka banyak pelayar web dalam masa yang sama.
- Hadkan penggunaan/pemasangan add-on pada pelayar web.
- Tidak mengaktifkan banyak program secara serentak semasa melayari web.
Monday, June 7, 2010
EG*Net: Masalah Capaian ke Laman Aplikasi EG Seperti HRMIS dan eSPKB
Isu di bawah ini adalah berkaitan dengan kegagalan akses ke laman aplikasi EG sahaja dan tidak berkaitan dengan host file.
Kaedah troubleshoot:
Kaedah troubleshoot:
- Laksanakan arahan PING ke laman web berkenaan.
- Lihat status arahan tersebut. Kebiasaanya status akan memaparkan Request time out atau Destination host unreachabled.
- Laksanakan arahan TRACERT.
- Kenalpasti IP yang terpapar.
- Periksa sambungan (fizikal/logikal) peralatan rangkaian selepas IP yang terakhir dipaparkan.
- Sebarang masalah diajukan kepada Helpdesk GITN.
Sunday, March 28, 2010
Penetapan Alamat IP Khusus Untuk PC Tertentu
Berikut adalah kaedah untuk menetapkan IP bagi PC dalam DHCP server menggunakan alamat MAC (IP reservation for certain MAC Address):
Akses ke Server DHCP.
Pilih skop IP yang berkaitan seperti dalam rajah di atas.
Klik kanan pada Reservation dan klik New Reservation.
Lengkapkan maklumat dalam Reservation tersebut (pastikan MAC Address telah diperolehi) dan klik butang Add.
Maka, setiap kali PC tersebut mengakses rangkaian agensi, DHCP akan assign IP yang telah ditetapkan pada PC berkenaan.
Akses ke Server DHCP.
Pilih skop IP yang berkaitan seperti dalam rajah di atas.
Klik kanan pada Reservation dan klik New Reservation.
Lengkapkan maklumat dalam Reservation tersebut (pastikan MAC Address telah diperolehi) dan klik butang Add.
Maka, setiap kali PC tersebut mengakses rangkaian agensi, DHCP akan assign IP yang telah ditetapkan pada PC berkenaan.
Wednesday, March 3, 2010
Teknik Melakukan Proses Archive Emel Menggunakan Microsoft Office Outlook 2007
Dengan fail archive, pengguna dapat mengakses aplikasi emel secara offline menggunakan Microsoft Office Outlook. Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan proses archive menggunakan Outlook 2007.
- Klik File > Archive.
- Pilih Archive all folders .... atau Archive this folder ....
- Pilih tempoh archive dengan memilih tarikh pada Archive items older than ...
- Klik OK.
- Proses archive akan dipaparkan seperti rajah di bawah. Fail archive (.pst) tersebut boleh diakses berpandukan kepada path seperti dalam paparan iaitu C:\Documents and Settings\........\Outlook\.
Label:
archive,
emel,
Microsoft outlook,
Office Outlook
Subscribe to:
Posts (Atom)