Thursday, June 30, 2011

How to convert PDF to Word DOC for free: a comparative test

Berikut adalah perkongsian maklumat berkenaan perbandingan perisian PDF Converter (Desktop-base Apps dan Online Conversion Services). Klik di sini.

Wednesday, June 15, 2011

Pengumuman: Serangan Hackers

Untuk makluman tuan/puan, GCERT MAMPU telah mendapat maklumat berkenaan perancangan satu kumpulan hacker untuk melancarkan serangan siber ke atas server-server Kerajaan (domain .gov.my) pada 15 – 17 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah di pohon untuk memastikan tindakan pengukuhan di ambil ke atas server-server di agensi tuan/puan dengan SEGERA:
a) Mengaktifkan intrusion prevention system (IPS) dan membuat pemantauan rapi terhadap aktiviti/trafik rangkaian;
b) Membuat semakan konfigurasi firewall bagi memastikan ianya hanya membenarkan perkhidmatan (port) yang dibenarkan sahaja;
c) Memasang security patch pada semua server & peralatan rangkaian; dan
d) Memastikan perisian antivirus dikemaskini dan diaktifkan.

Dipohon untuk memaklumkan kepada GCERT MAMPU di talian 03-88725138 / 03-88726299       /             012-3312205       jika terdapat sebarang aktiviti rangkaian yang tidak normal / mencurigakan untuk tindakan selanjutnya.

Sunday, June 12, 2011

Peluang Menyertai Adobe Design Achievement Awards


Submissions are now open
2011 Adobe Design Achievement Awards

The Adobe Design Achievement Awards recognize innovative students and faculty members who AMAZE the world. Finalists will receive Adobe software and a trip to Taipei, Taiwan, where they will be honored in an awards ceremony during the 2011 IDA Congress set for October, 24-26, 2011. Category winners also will receive a cash award of US$3,000. Click here for submission

Thursday, June 2, 2011

SMS Cabutan Wang Tunai RM30,000 Power Root Sdn Bhd

Tengahari tadi saya telah menerima satu SMS rambang yang mengatakan saya sudah menang cabutan bertuah wang  tunai sebanyak RM30,000 daripada Power Root Sdn Bhd.
Berikut adalah teks penuh SMS yang saya terima:

Frοm + 60138695848
You winner!!_Simcard
Anda berjaya 
menangi Wang RM 30,000.00 
Dr "POWER ROOT"
No,siri_125477
Sila_Call office; 0142_0324 20
MOH.ISMAIL
penghantar;
POWER ROOT 

Jika anda terima mesej yang sama, tidak perlu respon kepada sms tersebut tetapi boleh laporkan kepada pihak yang berkuasa.

Pautan lain yang berkaitan:

SMS Cabutan Wang Tunai RM25000 Power Root Sdn Bhd 

Scam Alert: Sms Cabutan Bertuah Power Root


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.