Tuesday, June 22, 2010

Buka Command Prompt Dalam Windows 98 SE

Sekiranya dalam Windows XP, paparan Command Prompt boleh dibuka dengan menggunakan arahan cmd. Namun bagi Windows 98 SE, arahan tersebut perlu ditaip penuh iaitu command.

Tips Untuk Meningkatkan Kelajuan Capaian Internet

  1. Dapatkan versi terkini atau updates pelayar web (browser).
  2. Laksanakan imbasan Anti-Malware sepenuhnya dalam PC.
  3. Bersihkan atau buang fail-fail yang tidak berkenaan dalam PC seperti temp file dan sebagainya dengan menggunakan program/perisian utiliti.
  4. Kekalkan tahap 'kesihatan' PC dengan melaksanakan penyenggaraan sendiri seperti  fragmented drive dan  registry errors scanning.
  5. Tingkat upaya kapasiti memori (RAM).
  6. Periksa kualiti router termasuk mengemaskini firmware.
  7. Tidak membuka banyak pelayar web dalam masa yang sama.
  8. Hadkan penggunaan/pemasangan add-on pada pelayar web.
  9. Tidak mengaktifkan banyak program secara serentak semasa melayari web.

Monday, June 7, 2010

EG*Net: Masalah Capaian ke Laman Aplikasi EG Seperti HRMIS dan eSPKB

Isu di bawah ini adalah berkaitan dengan kegagalan akses ke laman aplikasi EG sahaja dan tidak berkaitan dengan host file.

Kaedah troubleshoot:

  1. Laksanakan arahan PING ke laman web berkenaan.
  2. Lihat status arahan tersebut. Kebiasaanya status akan memaparkan Request time out atau Destination host unreachabled.
  3. Laksanakan arahan TRACERT.
  4. Kenalpasti IP yang terpapar.
  5. Periksa sambungan (fizikal/logikal) peralatan rangkaian selepas IP yang terakhir dipaparkan.
  6. Sebarang masalah diajukan kepada Helpdesk GITN.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.